Nuffnang

Saturday, 1 April 2017

HARI KE 8 (85.6 KG) (1 minggu diet berat turun 2.1 kg)

BANK TENAGA
2983 kcal


Cukup 1 minggu diet. Berat awal diet = 87.7kg
Jadi dalam 1 minggu berat badan berjaya dikurangkan sebanyak 2.1KG 😍😍😍
Kalau berterusan 2kg seminggu.... Maknanya 2 bulan je la dah dapat berat badan unggul hehehe (Angan-angan tu penting)

7.30am
Rutin harian mestilah pergi kantin
Nasi = 270 kcal
Ayam goreng = 119 kcal
Tiada order air manis.....

Jadi baki tenaga = 1611kcal

Apa??? Bosan makan makanan sama???? hehehe.... Saya ni meme jenis setia... Kalau dah suka tu, makan banyak-banyak pun tak apa
(Sebab tu orang rumah tak masak ayam goreng.... Sebab dia tahu laki dia asyik makan ayam goreng je kat rumah.... katanya tak sihat kalau banyak sangat makan ayam goreng)
😀😀😀

11.00am
Dah lapar balik..... mungkin sebab jumaat dan sabtu hari tu minum air gula.... Jadi tahap glukosa dalam darah naik sikit.... Jd bila hari ni tak minum air manis, mula la rasa lapar....
Tak apa bertahan.... Minum air kosong banyak-banyak.... lagipun jam 11.20am nanti ada kelas 😀

2.00pm
Orang rumah call ajar pergi Larkin. Ada barang nak beli katanya
Dalam kepala.... "aaaaaaaa sudah"...... Sebab Larkin tu antara port "Syurga makanan" Kat JB ni....
Lepas beli barang konferm la dia ajak makan.

Tapi demi isteri tercinta, ku gagahi jua (cewah!!!!)

Seperti yang dijangka.... Diajaknya kita masuk steakhub.... Kiranya antara kedai yang best la kalau nak makan lamb chop, beef steak dan yang seangkatan dengannya.

Kuatkan semangat.... Akhirnya beli ABC je hahaha....



Pergh ABC dia pun sedap.... Logik la.... RM7 tu semangkuk.... Mesti bahannya cukup 😀😀😀

Balik rumah cari kat google.... Alamak tiada orang share kalori ABC ni....

Jadi kira sendiri

Asas dia ialah
sirap bandung : 200 kcal
hershey syrup dalam 2 sudu : 100 kcal
Aiskrim vanilla 2 skop : 280kcal
Kacang - kacang : 200 kcal (anggaran)
CIncau : 50ml = 7 kcal

Jadi jumlahnya = 787 kcal 

😖😖😖😖 Sama kalori dengan makan 2 pinggan nasi + 2 ketul ayam goreng)

Kesimpulannya.... Elakkan makan ABC Kalau nak diet

Baki tenaga yang tinggal ialah : 824 kcal

8.00pm
Malam ni cuba menghukum diri sendiri sebab makan ABC tadi dengan berniat tidak mahu makan.
Tapi akhirnya makan juga setengah pinggan nasi goreng (dalam 1 senduk je)

Setengah potion dari biasa = 165 kcal

Jadi baki tenaga hari ni ialah:

659 kcal

Jom masuk bank tenaga:

2983 + 659 = 3642 kcal











No comments:

Post a Comment