Nuffnang

Monday, 3 April 2017

HARI KE 10 (85.0 KG)

BANK TENAGA
3010 kcal



Turun 100 gram je berbanding semalam akibat makan menghampiri 2000 kcal 😅😅😅😅


7.30am
Pagi ni makan macam biasa balik. Tak berani dah ambil telur................

Nasi : 270 kcal
ayam goreng : 119 Kcal

Baki tenaga = 1611 kcal

10.40am
Mula rasa lapar....... Tapi tak boleh makan..... Jadi bagitahu ke kat sini.... Moga-moga lepas menaip rasa lapar hilang 😄

4.00pm
Orang rumah ajak beli Subway. Jadi pergi la ke Sutera Mall.... Nampak Basken Robbins, dia ajak pergi makan aiskrim dulu.... Kita pun join la.

Aiskrim Baskin Robbins 1 cup = 300 kcal
http://calorielab.com/restaurants/baskin-robbins/36

Baki tenaga = 1311 kcal

Alamak.... Terpaksa la batalkan plan nak beli seketul Subway untuk diri sendiri. Jadi beli 2 ketul je. 1 untuk orang rumah, satu lagi untuk anak. Lagipun anak biasanya tak habis makan Subway ni

6.00pm
Malam ni makan roti prata dengan kari ayam je. Sebab anak dan orang rumah dah ada makanan masing-masing (Subway tadi)

Roti prata = 300 kcal (ambil kalori roti canai sebab makan dengan kuah kari) 😅😅😅
roti  2pcs = 160kcal

Pergh.... Baru tahu roti canai sekeping banyak gila kalori.... Selalu kalau pergi kedai biasa je melantak 2pcs....

Tiba-tiba anak tak habis subway.... Jadi makan juga la Subway tu

Subway 1/2 = 150 kcal (rupanya subway seketul baru 300 kcal.... Kalau tahu macam ni baik beli je subway tadi.... Makan seketul dah kenyang)

Baki tenaga = 701 kcal

Wah boleh tahan banyak baki tenaga kali ni.... 😀😀😀

Bank tenaga = 
701 + 3010 = 3711 kcal









No comments:

Post a Comment