Nuffnang

Wednesday, 19 April 2017

HARI KE 26

Ada acara sukan sekolah. Jadi pakai baju PJK.... Tak timbang la.... :-D

7.30
Makan
Nasi = 270 kcal
Ayam = 119 kcal
Nescafe O ais = 75 kcal
Kacang = 85 kcal

11.00am
Habis acara sukan. Letih jadi hakim jadi makan
roti gardenia ikan bilis = 190 kcal
Roti gardenia coklat = 174 kcal

HARI KE 25

7.30 am
Hari ni bawa bekal makanan dari rumah. Nasi semalam tak habis
Jadi kalori ialah 580 kcal

11.00am
Kawan ajak makan pot luck.
Makan
Nasi = 270 kcal
Ayam goreng = 119 kcal
Sayur = 50 kcal
Roti canai berkuah = 350 kcal

2.00 pm
Habiskan 2 keping roti canai yang last = 700 kcal

400 pm
Makan McD lagi.... Habisla diet
Ayam McD 2 pcs = 720kcal

-789 kcal (Diet yang failed habis

Tuesday, 18 April 2017

BANK KALORI MAKANAN

KARBOHIDRAT

NASI PUTIH SEPINGGAN PENUH = 270 kcal
Nasi goreng kampung: 631kcal
Nasi goreng pataya = 606 kcal
Roti putih 2 pcs = 120 kcal
Pizza saiz besar 1 slice = 370 kcal
Roti canai berkuah = 350 kcal (kosong 200 kcal)
Roti gardenia ikan bilis = 190 kcal
Roti gardenia coklat = 174 kcal

PROTEIN
ayam goreng (Biasanya peha) = 119kcal
Telur mata: 100kcal
Satay 1 cucuk = 37 kcal
IKAN GORENG = 111 kcal
Daging Masak Kicap 1 senduk= 160 kcal


SAYUR
Sayur masak lemak 1 senduk = 50 kcal


AIR MANIS
Nescafe O ais = 75kcal
Air bandung = 160 kcal
cendol 1 mangkuk  = 386kcal.

KUIH
KARIPAP = 128 kcal



JAJAN
KEROPOK KEPING IKAN 1PCS = 30 kcal
 MEE SEGERA INDOMIE = 415 kcal
PISANG GORENG = 129 kcal
Cadbury 1 blok = 63 kcal






Monday, 17 April 2017

HARI KE 24 (84.4 KG)

Hahahaaaaaaaaaa.... Sama berat dengan semalam

7.30am
Makan Nasi goreng
Telur goreng


11.00am
Makan karas 3 ketul = 43 x 3 = 129 kcal

4.00pm
Orang rumah pergi beli goreng pisang.... Makan juga la sikit
goreng pisang 1pcs
popia otak-otak

6.00pm
Hari ni masak kat rumah.
Nasi =270 kcal
Telur mata = 100 kcal
daging kicap = 160 kcal
Sayur masak lemak = 50 kcal

Anak makan tak habis. Jadi tambah lagi 1/3 pinggan lauk sama
580 / 3 = 194 kcal

Sunday, 16 April 2017

HARI KE 23 (84.4kg)

Berat hari ni naik sikit dari semalam 84.4 kg.... Penangan nasi bariani la ni huhu

Hari ni birthday. Jadi balik kerja nanti biasanya mesti akan pergi makan tempat pelik-pelik.
Jadi diet awal di sekolah

7.30am
Makan roti 4 keping = 153 x 2 = 306 kcal
nescafe sacet panas : 85 kcal

11.00 pm
Rezeki jangan ditolak..... Orang offer kita makan 😆
Makan coklat = 225 kcal
Kek 1 slice = 400 kcal 😟😟😟 (gila la kalori.... menyesal pulak makan)

3.00pm
Dah agak. Pergi makan kat secret recipe lagi
Makan
Nasi minyak chicken chop = 250 + 450 kcal = 700 kcal
Mee Tom Yam / 2 = 150 kcal
Ais lemon Tee = 112 kcal

6.00pm
Makan biskut Mamee Monster = 179 kcal

Baki tenaga hari ni = 243 Kcal....

BANK TENAGA
5129 kcal - 382 kcal = 4747 kcal

ESOK KONFERM BERAT NAIK NI

Saturday, 15 April 2017

HARI KE 22 (84.2kg) (1 minggu diet turun 1.2 KG)

BERAT 84.2 KG ( Tak ambil gambar sebab hand phone tak jumpa)

7.30am
Macam biasa.......
Nasi = 270 kcal
Ayam rendang = 160 kcal
Nescafe sachet = 85 kj

2.00pm
Makan roti 2pcs = 152kcal
kit kat = 107 kcal

6.00pm

Nasi bariani kambing = 880 kcal (secara automatik ialah makanan perlu elak untuk kurus)
Sirap bandung / 2 = 154 / 2 = 77 kcal
Cornetto vanilla (Anak makan sikit lepas tu tak nak sebab con dia patah) = 220 kcal

Jadi baki tenaga hari ini
49 kcal

BANK TENAGA
5080 kcal + 49 Kcal = 5129 kcal

HARI KE 21

7.30am
Pagi-pagi makan nasi putih dengan ayam masak merah = 270 + 160 = 430 kcal
Kopi 0 Stevia = 35 kcal (biasanya minum kopi aik cheong.... ni tukar kopi lain yang kalorinya lebih rendah)

2.00pm
Sebab tahu nak jalan jadi makan roti je 2 keping = 153 kj (gardenia hijau)

5.00pm
Jalan-jalan cari baju raya.
Berhenti makan kat secret recipe.... Beli....
Air teh panas = 85 kcal
Special beef noodles = 494 kcal

11.00pm
Ha ni bala.... stay up buat blog..... tiba-tiba kelaparan.... Apa lagi.... Makanan frozen la yang dihadap
2 karipap = 260 kcal
2 donut = 500 kcal
2 ayam celup tepung = 320 kcal
indocafe sachet = 89 kcal

Baki kalori hari ni = -196 kcal fail habis 😔😔😔😔

BANK TENAGA
5282 kcal - 196 kcal = 5080 kcal

Friday, 14 April 2017

HARI KE 20

Hari ni jumaat jadi tak timbang

7.30am
Makan ayam goreng KFC seketul yang semalam tak habis = 360kj
Roti gardenia hijau 4 keping = 153 x 2 = 306 kj
donut 3 pcs = 190 kj x 3 = 470 kj
Air kopi (stevia) = 75 kj


2.00 pm
Nasi dagang 1/2 bungkus (kongsi dengan anak) = 510 / 2 = 255 kj

7.00 pm
Pergi pasar malam. Tak beli untuk diri sendiri. Tumpang makanan orang lain je 😀😀😀
Murtabak 1/4 = 564 / 4 = 141 kcal
Nasi minyak 1/2 dengan ayam 1/2 = 445/2 + 160 / 2 = 303 kcal

Jadi baki tenaga = 90 Kcal

Ni la masalahnya kalau time cuti 😓😓😓

BANK TENAGA
5192 kcal + 90 kcal = 5282 kcal

HARI KE 19 (83.8kg)





7.30am
Sebab dah 2 hari tak makan nasi pagi. Jadi hari ni pergi kantin
Nasi = 270 kcal
Ayam goreng = 119 kcal
teh o ais = 85 kcal

4.00pm
Ambil anak.... Diorang nak makan kfc bucket berganda la pula.... (penangan iklan)
Jadi makan je la juga hahaha
Ayam kfc 3 ketul = 360 kcal x 3 = 1080 kcal
Air pepsi setengah gelas = 100 kj / 2 = 50kcal

Malam tak makan.

Jadi baki tenaga = 356 Kcal

BANK TENAGA
4796 kcal + 396 kcal = 5192 kcal




Tuesday, 11 April 2017

HARI ke 18 (84.3 KG)


Senyum sorang-sorang pagi ni.... Nampak gayanya teknik tak makan pagi di kantin membuahkan hasil 😁😁😁
Dah sama dengan berat badan sebelum cuti sekolah hari tu (Bawah 85 KG) .........

7.30am
Hari ke 2 tak pergi kantin. Ulang lagi menu semalam untuk makan pagi
Roti Purple wheat gardenia 4 keping = 152 kcal x 2 = 304 kcal
Nescafe sachet = 85 kcal

2.30pm
Orang rumah ajak pergi McD.... Beli ayam goreng ala carte 2 ketul.... minum dengan air mineral je....
Apapun fries orang rumah habis separuh :-p

Ayam McD = 273 x 2 = 546 kcal
Fries = 330 / 2 = 115 kcal

Malam makan roti lagi (mood diet gila-gila hahaha)
Roti Purple wheat gardenia 2 keping = 152 kcal

Jadi hari ni saya hanya makan = 1199 kcal

Baki tenaga hari ni = 801 kcal 😆😆😆😆

BANK TENAGA
3995 kcal + 801 kcal = 4796 kcal






HARI KE 17 (85.2 KG)


BANK TENAGA
3569 kcal


Berat tak berubah dengan berat semalam...............

7.30am
Hari ni cuba tak pergi kantin..... Sebab apa???? Selepas di buat kajian, pattern makan di rumah tidak dapat dijangka.... Jadi cara terbaik ialah diet di sekolah. Jadi bila balik rumah, orang rumah pergi makan kat manapun kita boleh layannnnnnn je hahaha

Jadi Pagi ni sarapan 4 keping roti purple wheat gardenia....
Roti Purple wheat gardenia 4 keping = 152 kcal x 2 = 304 kcal
Makan kosong roti ni memang tak boleh telan. Jadi saya cicah dengan nescafe sachet 
Nescafe sachet = 85 kcal

11.00am
Makan seketul kuih apa ntah namanya = 30kcal
Makan lagi 3 ketul karipap mini = 30 kcal x 3 = 90 kcal
2.30pm
Hari ni makan nasi goreng pataya = 605 kcal

7.00pm
Anak - anak sibuk nak makan McD (Bukan nak makan sangat pun.... diorang nak mainan je sebenarnya)
Sudahnya, fries ayahnya yang habiskan = 230 x 2 = 460 kcal (Sabar je la)

Baki tenaga = 426 kcal
Esok macamana la berat.... harap-harap turun 😊😊😊


BANK TENAGA
3569 kcal + 426 kcal = 3995 kcal




HARI KE 16 (85.2 KG)


4067 - 498 = 3569 kcal

MASIH TAK SEMPAT UPDATE BLOG HUHUH...

Saturday, 8 April 2017

HARI KE 14

BANK TENAGA: 4067 kcal

Hari ni ada kursus.... Boleh terasa diet ke laut hari ni.....

8.00am


Dimulakan dengan bismillah
Pagi-pagi sampai dijamu dengan mee dan teh panas
Mee goreng kosong = 350 kcal
Teh = 100 kcal


Lepas tu makan lagi nasi lemak = 355 kcal


Seketul kasweh = 131 kcal


2.00pm
Makan dekat hotel pulak.............
Nasi ambil sikit je = 135 kcal
Ikan dori goreng = 402 kcal (100gm)
Udang = 99 kcal (100 gm)
Daging kari hijau = 260 kcal (200gm)

Makan lagi kek coklat = 220 kcal (1 slice)
Sup macam sup pizza tu = 70 kcal (1 mangkuk kecil)
roti 1 slice = 75 kcal

Nah............ nak kira pun gerun

Baki kalori = -138 kcal 😌😌😌

8.00pm
Walaupun dah cuba tak makan... Akhirnya termakan juga
1pcs ayam goreng kfc = 360 kcal

Akhirnya gagal teruk hari ni

Bank tenaga =
4067 - 498 = 3569 kcal

Friday, 7 April 2017

HARI KE 13

BANK KALORI = 3387 kcal

Hari ni cuti. Jadi tak timbang (peraturan timbang mesti dengan pakaian kerja)

8.00am
Hari ni makan nasi kerabu dengan ayam percik
360 kcal + 140 kcal = 500 kcal.... Fuh pagi2 dah fail
Eh lupa.... Minum juga kopi kosong + stevia = 78 kcal

2.00pm
Keluar pergi makan nasi arab Daging
343 kcal + 184 kcal = 527 kcal
Dan teh o ais = 75 kcal

8.00pm
Sebab takut diet failed lagi (dah failed 2 hari berturut-turut ni).... Jadi malam makan roti je 1pcs + choki-choki
80 kcal + 60kcal = 140 kcal

Jadi Baki tenaga = 2000 - 500 - 78 - 527 - 75 - 140 = 680 kcal
Semuanya jasa malam tak makan berat yeah 😁😁😁

BANK TENAGA = 3387 + 680 = 4067 kcal

Wednesday, 5 April 2017

HARI ke 12 (84.8 KG)

BANK TENAGA
3144 kcal

Eh???? Turun???? Mungkin diet 2 hari lepas, lemaknya baru pecah semalam 😛😛😛

7.30am
Macam biasa... Lebih sikit
Nasi : 270 kcal
ayam rendang : 350 Kcal

Teh 0 ais : 75 kcal

Baki tenaga: 1305 kcal

Dah mula boleh bayang strategi diet kurang dari 2000 kcal sehari

1. Pagi makan berat
2. Tengahari puasa pendek
3. Petang makan kongsi dengan anak 😁

KITA HANYA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN

11.00am
Ada kawan belanja nasi lemak
Apa??? Tolak???? NO WAY MAN..... Rezeki tu 😆😆😆

Nasi lemak + ayam goreng
355 kcal + 119 kcal
= 474 kcal

Lepas tu makan lagi karas sekeping = 40kcal



3.00pm
Ambil orang rumah.... Dia beli TAKOYAKI (kawan jual)
1 Bekas ada 12 ketul jadi saya makan 6 ketul
Seketul = 45kcal x 6 = 270kcal

6.00pm
Makan lagi Nasi ayam = 278 kcal

Dah habis kat situ je.... Agak gagal juga diet hari ni.... Tapi tidak mengapa kerana esok masih ada 😀

BAKI KALORI HARI NI = 243 kcal (sipi-sipi)

Bank kalori = 3144 + 243 = 3387 kcal





HARI KE 11 (85.2 KG)

BANK TENAGA
3711 kcal


Dugaan besar diet.... Kita makan kurang.... Berat naik 200 gram 😓😓😓

7.30am
Hari ni sekolah buat potluck.... Tapi makan jam 9.30am.... Lambat sangat lagi jadi pergi makan kat kantin macam biasa.
Nasi : 270 kcal
ayam goreng : 119 Kcal
Nescafe ais : 130 kcal

Baki tenaga = 1481

9.30am
Lemah semangat betul dengan pot luck ni....


Mula-mula ambik nasi minyak + ayam pedas = 436 + 140 kcal


Pastu ambik Makaroni = 390 kcal

Pastu makan lagi sikit nasi goreng kampung = 316 kcal

Jam 11.30am makan lagi pizza 1 keping = 350 kcal

Setengah cawan Ais krim soda + serai = 75 kcal

Ni ira dah habis tahan dah ni.... Kalau tak banyak lagi makanan menarik nak dimakan

Tak percaya???? Ni ha gambarnya


Apapun baki tenaga tinggal........... 124 kcal 😓😓😓


4.00 pm
Macam biasa orang rumah ajak pergi makan.... Ikut tapi order teh o ais je = 85 kcal
Tapi makan juga separuh mangkuk mee kari = 265 kcal


Malam dah tak makan.... Apapun hari ni ialah hari gagal diet.
Dah la bangun pagi berat bertambah......
Baki kalori = -567 kcal 😖😖😖😖😖

Jadi baki tenaga ialah 3711 kcal - 567 kcal =  3144 kcal

(Nampak gayanya esok naik lagi la berat badan)

Pasang niat, esok start balik diet................





Monday, 3 April 2017

HARI KE 10 (85.0 KG)

BANK TENAGA
3010 kcal



Turun 100 gram je berbanding semalam akibat makan menghampiri 2000 kcal 😅😅😅😅


7.30am
Pagi ni makan macam biasa balik. Tak berani dah ambil telur................

Nasi : 270 kcal
ayam goreng : 119 Kcal

Baki tenaga = 1611 kcal

10.40am
Mula rasa lapar....... Tapi tak boleh makan..... Jadi bagitahu ke kat sini.... Moga-moga lepas menaip rasa lapar hilang 😄

4.00pm
Orang rumah ajak beli Subway. Jadi pergi la ke Sutera Mall.... Nampak Basken Robbins, dia ajak pergi makan aiskrim dulu.... Kita pun join la.

Aiskrim Baskin Robbins 1 cup = 300 kcal
http://calorielab.com/restaurants/baskin-robbins/36

Baki tenaga = 1311 kcal

Alamak.... Terpaksa la batalkan plan nak beli seketul Subway untuk diri sendiri. Jadi beli 2 ketul je. 1 untuk orang rumah, satu lagi untuk anak. Lagipun anak biasanya tak habis makan Subway ni

6.00pm
Malam ni makan roti prata dengan kari ayam je. Sebab anak dan orang rumah dah ada makanan masing-masing (Subway tadi)

Roti prata = 300 kcal (ambil kalori roti canai sebab makan dengan kuah kari) 😅😅😅
roti  2pcs = 160kcal

Pergh.... Baru tahu roti canai sekeping banyak gila kalori.... Selalu kalau pergi kedai biasa je melantak 2pcs....

Tiba-tiba anak tak habis subway.... Jadi makan juga la Subway tu

Subway 1/2 = 150 kcal (rupanya subway seketul baru 300 kcal.... Kalau tahu macam ni baik beli je subway tadi.... Makan seketul dah kenyang)

Baki tenaga = 701 kcal

Wah boleh tahan banyak baki tenaga kali ni.... 😀😀😀

Bank tenaga = 
701 + 3010 = 3711 kcal









Sunday, 2 April 2017

HARI KE 9 (85.1 KG)

BANK TENAGA
3642 kcal

BERAT TURUN SIKIT.... TAPI KONSISTEN 😊😊😊

7.30am
Pagi ni makan lain sikit dari biasa

Nasi : 270 kcal
Rendang ayam : 200 Kcal
Telur goreng : 72 kcal

Baki tenaga : 1458 kcal

11.00am
Ada kawan offer makanan yang dia masak. Jadi makan lagi
Nasi : 270 kcal
Ayam masak asam pedas separuh : 100 kcal
Telur goreng : 72 kcal

Baki tenaga : 1016 kcal

2.00pm
Ada mesyuarat sempena minggu Sains Matematik hari ni....
Alas perut sikit dengan coklat KitKat (Kat meja memang ada stok coklat.... Nasib baik dah tinggal sikit... Habis nanti tak topup dah)
= 90kcal

Baki tenaga = 926 kcal

6.00pm
Makan nasi goreng kampung.... 631 kcal
Lepas tu anak pula tak habis nasi gorengnya... makan lagi 1/4 = 158 kcal
Habis makan tengok anak-anak dan orang rumah dok makan stok ais krim dalam peti ais.... Terliur la plak....
Ambil la jugak 1 ketul cornetto mini Lesap lagi 110kcal....

Jadi baki akhir tenaga ialah : 27 Kcal 
😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓

Hari ni kena muhasabah diri.... Sikit la gi nak terlebih makan.

BANK TENAGA TERKUMPUL IALAH
2983 + 27 = 3010 kcal


Saturday, 1 April 2017

HARI KE 8 (85.6 KG) (1 minggu diet berat turun 2.1 kg)

BANK TENAGA
2983 kcal


Cukup 1 minggu diet. Berat awal diet = 87.7kg
Jadi dalam 1 minggu berat badan berjaya dikurangkan sebanyak 2.1KG 😍😍😍
Kalau berterusan 2kg seminggu.... Maknanya 2 bulan je la dah dapat berat badan unggul hehehe (Angan-angan tu penting)

7.30am
Rutin harian mestilah pergi kantin
Nasi = 270 kcal
Ayam goreng = 119 kcal
Tiada order air manis.....

Jadi baki tenaga = 1611kcal

Apa??? Bosan makan makanan sama???? hehehe.... Saya ni meme jenis setia... Kalau dah suka tu, makan banyak-banyak pun tak apa
(Sebab tu orang rumah tak masak ayam goreng.... Sebab dia tahu laki dia asyik makan ayam goreng je kat rumah.... katanya tak sihat kalau banyak sangat makan ayam goreng)
😀😀😀

11.00am
Dah lapar balik..... mungkin sebab jumaat dan sabtu hari tu minum air gula.... Jadi tahap glukosa dalam darah naik sikit.... Jd bila hari ni tak minum air manis, mula la rasa lapar....
Tak apa bertahan.... Minum air kosong banyak-banyak.... lagipun jam 11.20am nanti ada kelas 😀

2.00pm
Orang rumah call ajar pergi Larkin. Ada barang nak beli katanya
Dalam kepala.... "aaaaaaaa sudah"...... Sebab Larkin tu antara port "Syurga makanan" Kat JB ni....
Lepas beli barang konferm la dia ajak makan.

Tapi demi isteri tercinta, ku gagahi jua (cewah!!!!)

Seperti yang dijangka.... Diajaknya kita masuk steakhub.... Kiranya antara kedai yang best la kalau nak makan lamb chop, beef steak dan yang seangkatan dengannya.

Kuatkan semangat.... Akhirnya beli ABC je hahaha....



Pergh ABC dia pun sedap.... Logik la.... RM7 tu semangkuk.... Mesti bahannya cukup 😀😀😀

Balik rumah cari kat google.... Alamak tiada orang share kalori ABC ni....

Jadi kira sendiri

Asas dia ialah
sirap bandung : 200 kcal
hershey syrup dalam 2 sudu : 100 kcal
Aiskrim vanilla 2 skop : 280kcal
Kacang - kacang : 200 kcal (anggaran)
CIncau : 50ml = 7 kcal

Jadi jumlahnya = 787 kcal 

😖😖😖😖 Sama kalori dengan makan 2 pinggan nasi + 2 ketul ayam goreng)

Kesimpulannya.... Elakkan makan ABC Kalau nak diet

Baki tenaga yang tinggal ialah : 824 kcal

8.00pm
Malam ni cuba menghukum diri sendiri sebab makan ABC tadi dengan berniat tidak mahu makan.
Tapi akhirnya makan juga setengah pinggan nasi goreng (dalam 1 senduk je)

Setengah potion dari biasa = 165 kcal

Jadi baki tenaga hari ni ialah:

659 kcal

Jom masuk bank tenaga:

2983 + 659 = 3642 kcal