Nuffnang

Saturday, 25 March 2017

HARI PERTAMA (87.7KG)

Bangun-bangun pagi, Cari penimbang dulu.... Masyaallah. Ni la rekod terberat pernah dicapai seumur hidup hahaha....

Tahun lepas berhenti setakat 83kg.... Lepas puasa turun ke 76kg.... Patut la perut dah bulat semacam je hahah 😅

6.30am
Lepas bersiap untuk ke tempat kerja, cek dalam peti ais.... Ada air milo kotak anak tak habis. Sebagai bapa mithali yang tak suka pembaziran makanan, Saya minum la....


Cenonet je minum setengah kotak, 55Kcal dah masuk dalam badan. Huhuh.... Ada lagi baki 1945kcal.

Sampai di sekolah, Selalunya setiap pagi saya akan ke kantin dan beli:
Nasi sepinggan penuh (2 mangkuk) = 135kcal x 2 = 270kcal
ayam goreng (Biasanya peha) = 119kcal
Nescafe ais = 75kcal

Pergh.... Lepas kira ni terus naik gerun. Sepagi je terus melantak 464 Kcal????? Tu tak kira kuah lagi tu..... dan belum kira hobi menghabiskan makanan yang tak habis ketika makan malam lagi :-p

Jadi saya ambil keputusan untuk tidak ke kantin pagi ini.

Jadi, untuk melupakan hobi makan berat pagi-pagi di kantin, Ketika tiada kelas, saya buka laptop dan buat Blog ni 😆

Akibatnya, sampai jam 10.44am belum makan apa-apa hahah....

Jam 10.45 dah kena ke kelas lagi..... Lepas jam 11 dah tiada makanan kat kantin jadi pujuk je la perut ni tunggu sampai habis sekolah baru makan 😋

3.00pm
Sampai di rumah (Hari ni balik awal sebab tiada mesyuarat).... Pergh berkeroncong perut. Buka almari dapur nampak makanan favourite masa kecemasan ni.


Sepatutnya orang diet tak boleh makan mi segera. Tapi sebab peraturan permainan tiada pengharaman sebarang makanan, Saya tengok maklumat makanan di belakang dulu 😀


Ok 415kcal sahaja.... apa lagi melantak la bersama 5 keping keropok keping goreng (memang ada stok dalam bekas besar)

Lepas habis makan baru teringat nak cari jumlah kalori keropok keping goreng ni.... google-google jumpa la...

1 keping 30kcal??????????????????????????????????????

Alamak.... 5 keping = 150kcal huhuh....

Jadi total 565kcal.

😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓

Sampai jam 3.30pm.... Baki tenaga yang boleh digunakan ialah

1945 - 565 = 1280kcal

Sudah makan, terus pergi basuh bekas... Basuh sekali beberapa bekas makanan yang anak makan pagi tadi (bangun lewat jadi tak sempat basuh). dapat la balik 3kcal....

Jadi sekarang tenaga yang tinggal ialan 1283kcal 😁

6.30pm.
Bermulalah cabaran paling getir untuk mengawal makan iaitu bila orang rumah ajak makan di kedai 😆😆😆

Saya order nasi goreng kampung dengan telur mata. Air suam sahaja (dah lama tak order air suam)

Gambar tak dapat ambil sebab anak main hp.

Jumlah tenaga yang diperoleh ialah:

Nasi goreng kampung: 631kcal
Telur mata: 100kcal

Ia diburukkan lagi dengan makanan yang anak tak habis

Nasi goreng pataya 1/3 ; 606 kcal / 3 = 202kcal
air bandung 1/2 : 160kcal/2 = 80kcal
6 cucuk satay : 37 x 6 = 222kcal

Jadi untuk makan malam sahaja saya telah mengkonsum

1235 kcal
😰😰😰😰😰😰😰😰😰😰

Sebelum ni memang tak perasan.... Rupanya penyebab utama saya jadi obes ialah makan malam.
Bayangkan jika tadi saya mengorder nescafe ais seperti kebiasaan?????

Apapun hari ni ialah permulaan yang bagus dimana saya berjaya mengurangkan kebiasaan rutin makan saya.

Jadi sebab nak cover tenaga yang berbaki sikit, maka saya buat la sedikit kerja rumah

Basuh dan jemur baju x 2 mesin = 40kcal
Basuh gelas 8 biji = 4kcal

Bukan membasuh jarang-jarang.... Tapi kali ni basuh cadar/sarung bantal/selimut sekali... Sebab tu sampai 2 round 😀

Dan baki tenaga untuk hari ini ialah.......................

1283 - 1235kcal + 44kcal =

92 kcal 😅😅😅

No comments:

Post a Comment