Hehehe.... bermula awal tahun ni. Ramai rakan-rakan sekerja mula diet. Ada yang menggunakan supplimen, ada yang ke gym, ada yang menggunakan teknik-teknik yang viral di facebook seperti atkins dan pelbagai lagi teknik lain.
Bila dilihat ke perut ni.... niat nak diet memang ada. Tapi semangat untuk kurangkan makan tu yang tiada.
Bagaimanapun, niat berdiet semakinkuat bila dua dari kawan sekerja menampakkan hasil dari program diet mereka.
Seorang menggunakan supplimen, manakala seorang lagi melalui senaman. Tetapi saya pasti itu bukan penyebab utama. Mereka pastinya mengurangkan potion makan untuk mendapatkan hasil seperti sekarang :-D
Tetapi untuk mengawal cara makan memerlukan semangat yang kental tidak kurang berbanding orang yang nak berhenti isap rokok (rasa-rasanya la).... Jadi cara terbaik yang saya dapat fikirkan untuk mengumpul semangat ialah dengan menghasilkan blog hahaha... (Ye la, post bagi orang baca kalau gagal malu weh)
Selain itu, mana la tahu teknik diet saya ni sesuai dengan pembaca dan boleh dipraktikkan ye x :-D
Ok sebelum memulakan permainan, mesti kena buat peraturan dulu ye tak :-D
Di bawah ialah peraturannya.
PERATURAN PERMAINAN
Setiap hari saya dibekalkan 2000kcal sebagai jumlah tenaga yang boleh digunakan.
Maklumat saya ambil dari google image di bawah.
Setiap hari saya akan mengira jumlah kalori yang saya makan. Walaupun sebiji coklat kalorinya akan dikira supaya saya beringat sikit jika tiba-tiba rasa nak makan coklat (Saya meme hantu coklat hahaha)
Contoh, Jika hari ini jumlah kalori yang saya makan ialah 1800kcal. Jadi saya akan dapat baki 200kcal.
200kcal tu akan dimasukkan ke dalam bank tenaga di mana jika jumlah tenaga terkumpul mencecah 5000kcal, saya akan me"reward" diri sendiri dengan berbelanja sesuka hati sebanyak RM100. Jika saya memerlukan RM1000 untuk membeli sesuatu, saya perlu menyimpan 50,000kcal di dalam bank tenaga saya :-D
Sebenarnya memang ada barang nak dibeli ni (target nak beli wacom dalam rm600).... Harap-harap menjadi la diet ni.... Berat badan unggul dapat + Barang idaman dapat
Kira macam ok la berbanding beli ubat kurus mahal-mahal ye tak hehehe :-D
Selain itu, saya juga akan dapat tambahan tenaga jika melakukan aktiviti di bawah:
Membasuh pinggan / gelas dan yang seangkatan dengannya : 1kcal setiap 2 biji.
Mengemas ruang tamu: 20kcal
Mengemas luar rumah: 15kcal
Mengemas dapur (tak termasuk basuh pinggan mangkuk): 15kcal
Membasuh kereta: 20kcal
Menyemas dalam kereta: 20kcal
Membasuh / menyidai baju: 20kcal
(Nanti fikir lagi apa aktiviti yang selalu buat dekat rumah :-p )
Ok la, Rasanya dah ok dah peraturan ni. Permainan bermula 26.3.2017 :-D
Target berat ideal 60KG :-D
GOGOGO!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment