Nuffnang

Friday, 31 March 2017

HARI KE 7

Bank tenaga
2828 kcal
😁😁😁😁😁😁😁😁😁

7.30am
Hari ni makan sarapan pagi favourite....
Nasi putih + Ayam seketul + sambar beacan sikit
Nasib baik memang dilahirkan bukan jenis makan kuah banyak.... Senang la nak diet

Jadi macam biasa la....
Nasi = 270 kcal
Ayam goreng = 119 kcal

Jadi tinggal = 1611kcal

2.30pm
Tengahari anak tak nak makan nasi.... Jadi masak la roti pizza DIY yang ringkas
(Roti gardenia + Cheese + sosej)
Habis la juga 2 keping setengah.....
2.5 keping keju = 125 + 125 + 68
2.5 keping roti = 240 kcal
2 ketul sosej = 170 kcal

Baki tenaga = 883 kcal

6.00pm
Malam makan kat luar.... Dah lama x merasa makanan favourite....
Jadi order la nasi goreng daging masak merah....
Nasi goreng + Daging masak merah = 320 kcal + 308 kcal = 628 kcal 😨😨😨😨😨
Air suam je.... Tapi sebab anak tak habis minum
Minum juga la setengah gelas air bandung = 100kcal

Jadi Baki akhir ialah: 155 kcal πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Tak apa... Masih ada baki walaupun sikit... Jom masuk ke bank tenaga

2828 kcal + 155 kcal = 2983 kcal

πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Thursday, 30 March 2017

HARI KE 6

BANK TENAGA =
= 2122 kcal

TAK INGAT LAGI NAK TIMBANG PAGI-PAGI.... (Lagipun kalau timbang sekarang tak adil sebab sebelum ni timbang dengan pakaian kerja yang lebih berat dari baju tshirt dan pelikat)

7.30am
Pergi pasar tani untuk beli nasi lemak RM1 favourite
Biasanya makan 2 bungkus (Sebab potion dia sikit.... RM1 la katakan)
Tapi hari ni nekad beli sebungkus je = 169 kcal (Anggaran potion dia = nasi 1 senduk lebih sikit, kacang tiada, ikan bilis 2 ekor, telur gred e sebelah.... Jadi favourite sebab sambal dia pergh)
Dan sebiji karipap = 128kcal
Serta 10pcs keropok keping goreng = 300kcal (Bilala nak habis stok keropok ni aih)
Tiba-tiba anak pula tak habis nasi ayam = 139 kcal (separuh)

Baki tenaga = 1264kcal

3.00pm
Hari ni makan kat rumah jer....
Jadi makan:
Nasi putih = 270kcal
Sotong goreng celup tepung = 150kcal
Kopi O + Stevia 2 titis = 12kcal

Baki tenaga = 832kcal

6.00 pm.
Anak ajak bongsu beli aiskrim. Jadi pergila kedai runcit depan rumah.
Dia pilih ais krim cornetto + oreo
Balik rumah suruh ayah dia makan coklat lapisan atas tu.... Layankan je la.... Tapi boleh tahan tebal coklatnya.
Kalorinya letak la macam 2pcs coklat cadburry = 126kcal

Baki tenaga = 706 kcal

Malam = Tak makan... (Diet la katakan kih kih kih)

Jadi bank tenaga hari ni =
2122 + 706
= 2828 kcal
(kalau esok pun ada baki tenaga, boleh la kata diet minggu ni meme berjaya hehehe)












HARI KE 5

BANK TENAGA:
1763kcal
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


LUPA NAK TIMBANG BERAT PAGI NI

7.30am
Hari ni potion nasi untuk  sarapan pagi kembali ke hari biasa 270kcal
Baru nak makan tokey kantin kata, "Hari ni kita masak babat ye cikgu"
Alamak.... dah lama tak makan babat masak kuning ni.....
Jadi ambil la 1 senduk setengah
Tapi dalam apps fitness paul tak kira senduk... Dia kira 80gm = 160kcal.... Jadi sama la kot
+ Ayam goreng favourite macam biasa = 119kcal
Ha.... Ahad hingga rabu tak jamah walau segelas air manis... Jadi hari ni order la nescafe ais hehehe = 160kcal
Jadi total sepagi je kali ni dah mendapat tenaga sebanyak =
709kcal
Jadi baki tenaga yang boleh diambil ialah 2000 - 709
= 1291kcal

2.00pm
Dah biasa skip makan tengahari jadi tak rasa apa=apa

6.00pm
Tunggu adik ipar datang rumah. Nak belanjan dia makan malam. Tapi tak sampai-sampai. Jadi makan la keropok keping dulu buat alas perut 5pcs = 150kcal
1291- 150
= 1114 kcal


9.00pm
Hari ni orang rumah moodnya nak makan seafood. Jadi pergila restoran seafood

Makan
Nasi = 270kcal
Kerapu 3 rasa = 105kcal (ambik kalori 100gm siakap 3 rasa)
Sotong masak butter (3pcs anggaran 50gm) = 75kcal
Udang masak telur masin (2 ekor anggaran 50gram) = 85kcal
Telur dadar 1 biji = 60kcal
Air = Nescafe ais = 160kcal

Baki tenaga = 359kcal

Fuh terasa agak failed diet hari ni.... Lepas buat kiraan baru lega sikit πŸ˜†

BANK TENAGA =

359 + 1763
= 2122 kcal

Yeah 😎😎😎😎😎😎



HARI KE 4 (86.3KG)

bank tenaga:

= 1270kcal😁😁😁


Tak sempat update blog sebab terlampau sibuk hari ni. Tak apa.... catat dulu kat mana-mana lepas tu baru tulis kat blog

7.30am
Hari ni kali pertama cuba makan nasi separuh dari kebiasaan. Fuh memang tak kenyang. Nak sedapkan hati fikir macam ni (lama-lama nanti biasa la tu)

Jadi kalori makan pag ialah:

Nasi putih = 135 kcal
Ayam goreng = 119 kcal.

Baki tenaga yang boleh digunakan = 1746 kcal

Permulaan yang baik.... Semoga istiqamah sampai ke petang

2.00 pm
Perut dah mula berbunyi (mungkin akibat makan nasi separuh pai tadi)
Tapi kuatkan diri tak makan apa-apa... minum air kosong je
Tiba-tiba ada kawan offer cadbury
Alamak, favourite tu...
Akhirnya ambil 1 1pcs cadbury tu.... (Biasanya sekali hadap habis 4pcs terus)
Cek Kalori...
Alamak 1 pcs sahaja kalorinya ialah 63kcal (Memang logik la sebelum ni berat tak turun.... 1 bar besar biasanya 2 hari dah habis)

1746 - 63 = 1683kcal

4.00pm
Alamak????? orang rumah ajak pergi sushi king hari ni????? (favourite lagi... Adoi mati la nak)
Sabar-sabar jangan order lebih-lebih
Lebih tak lebih ni la kalori yang berjaya diperoleh di sushi king

Berjaya melantak  :

2pcs Tamago= 150kcal
1 pcs salmon mayo = 80kcal
2pcs kanitama maki = 66kcal
tori kushikage  = 550kcal
1/2 Chawanmushi = 11 kcal
6pcs kanikama makki = 113 kcal
2pcs Sushi daging = 220kcal

😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨

Jadi baki tenaga ialah:

493kcal

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan saya mula dapat membuat kesimpulan

1. Tenaga yang diperoleh susah nak cecah 2000kcal dengan syarat:
      A. Jangan minum air manis. Paling-paling pun segelas je sehari
      B. Jangan makan tengahari. Kalau makan tengahari je, konferm lebih 2000kcal sehari


Ok Jadi Jumlah terkumpul di bank tenaga untuk hari ni ialah................

1270 + 493 =

1763kcal

Yeah thorbaik 😁😁😁








Monday, 27 March 2017

HARI KE 3 (87.1KG)

BANK TENAGA HARI KE 2
= 735kcal 
πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


PENURUNAN BERAT BADAN: SLOW AND STEADY :-D

7.40am
Hari ni ada kawan belanja makan kat kantin. Sebab tolong dia buatkan pamplet. Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Jadi pagi-pagi dah dapat:

Nasi sepinggan penuh (2 mangkuk) = 135kcal x 2 = 270kcal
ayam black paper  = 119kcal (tak jumpa jumlah kalori yang betul jadi ambik sama je dengan ayam goreng)

Jadi ada lagi baki

1611kcal

2.00pm
Hari ni ada mesyuarat jam 2.30. Masuk hari ke-3 perut ni macam dah biasa dengan tak makan tengahari. Tiada lagi bunyi kruk kruk kelaparan 😊


6.00pm
Anak request nak makan PIZZA HUT harini πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
(Habisla dietku)
Hasilnya, berjaya melantak 2 keping pizza saiz besar hahaha.... dan separuh (anak bongsu tak habis makan)

1 slice = 370kcal 😰😰😰😰😰😰

Jadi malam ni je, 925kcal berjaya masuk ke perut 😰😰😰

+ 150kcal (lupa petang tadi kunyah 5 keping keropok)

=1075kcal

Bila dah malam, baki tenaga ialah

535kcal

Boleh masuk bank tenaga:
535 + 735
= 1270kcal😁😁😁




Sunday, 26 March 2017

HARI KE 2 (87.4KG)

BANK TENAGA HARI PERTAMA
92 kcal
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Yeah timbang hari ni berjaya turun 300 gram πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Semalam pulun key in markah peperiksaan sampai jam 1.30 am, jadi pagi ni bangun lewat. Bila bangun lewat maka tak sempat la nak makan walau sekeping roti kat rumah.

7.30am
Akhirnya terbabas juga ke kantin.
Tetapi dengan azam yang kuat nak kurus, saya hanya ambil nasi putih, dengan ayam goreng. letak kicap sikit buat perasa. Minum??? Air suam je :-D

Nasi sepinggan penuh (2 mangkuk) = 135kcal x 2 = 270kcal
ayam goreng (Biasanya peha) = 119kcal
Kicap sikit = 33kcal

jadi sepagi dah guna 422kcal.

Baki tenaga ialah 2000 - 422 = 1578kcal 

Harap-harap boleh bertahan sampai ke petang πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

2.00pm
Laparnya....... Hari ni ada aktiviti kokurikulum. Jadi kena berada di sekolah hingga jam 4.00pm.
Akhirnya makan juga la karipap sebiji....
Ooooo Mak kau..... Tingginya kalori. Sebiji = 128kcal.
Sebelum ni sekali telan 5-6 biji selamba je 😰😰😰

Ok tolak lagi

1578 - 128 = 1450kcal 

4.00pm
Ambil anak di taska. Anak nak minum air cendol. Jadi pergi la beli cendolnya.....
Dia minum 2/3 sahaja. Jadi bakinya macam biasa la, "Biar papa habiskan" Hahahaaaa

1 mangkuk cendol = 386kcal.... Jadi saya minum 1/3 = 129kcal

Lepas tu makan lagi 3pcs goreng pisang = 129 x 3 = 387kcal 😰😰😰

Baki tenaga yang tinggal = 934kcal

8.00pm
Nasib baik malam makan di rumah je.... Jadi saya elakkan makan nasi. Makan lauk je dengan 3 keping roti 😝😝😝

ikan goreng = 111kcal
roti 3 keping = 180kcal

Jadi baki akhir tenaga yang tidak dikonsum ialah...............
934 - 111 - 180
= 643kcal πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Masuk bank tenaga jadi jumlah tenaga yang tersimpan ialah

643 + 92
= 735kcal 

Kerja rumah???? Ada buat.... Tapi sebab baki hari ni dah banyak, malas dah topup dengan kerja rumah hahaha :-D

Saturday, 25 March 2017

HARI PERTAMA (87.7KG)

Bangun-bangun pagi, Cari penimbang dulu.... Masyaallah. Ni la rekod terberat pernah dicapai seumur hidup hahaha....

Tahun lepas berhenti setakat 83kg.... Lepas puasa turun ke 76kg.... Patut la perut dah bulat semacam je hahah πŸ˜…

6.30am
Lepas bersiap untuk ke tempat kerja, cek dalam peti ais.... Ada air milo kotak anak tak habis. Sebagai bapa mithali yang tak suka pembaziran makanan, Saya minum la....


Cenonet je minum setengah kotak, 55Kcal dah masuk dalam badan. Huhuh.... Ada lagi baki 1945kcal.

Sampai di sekolah, Selalunya setiap pagi saya akan ke kantin dan beli:
Nasi sepinggan penuh (2 mangkuk) = 135kcal x 2 = 270kcal
ayam goreng (Biasanya peha) = 119kcal
Nescafe ais = 75kcal

Pergh.... Lepas kira ni terus naik gerun. Sepagi je terus melantak 464 Kcal????? Tu tak kira kuah lagi tu..... dan belum kira hobi menghabiskan makanan yang tak habis ketika makan malam lagi :-p

Jadi saya ambil keputusan untuk tidak ke kantin pagi ini.

Jadi, untuk melupakan hobi makan berat pagi-pagi di kantin, Ketika tiada kelas, saya buka laptop dan buat Blog ni πŸ˜†

Akibatnya, sampai jam 10.44am belum makan apa-apa hahah....

Jam 10.45 dah kena ke kelas lagi..... Lepas jam 11 dah tiada makanan kat kantin jadi pujuk je la perut ni tunggu sampai habis sekolah baru makan πŸ˜‹

3.00pm
Sampai di rumah (Hari ni balik awal sebab tiada mesyuarat).... Pergh berkeroncong perut. Buka almari dapur nampak makanan favourite masa kecemasan ni.


Sepatutnya orang diet tak boleh makan mi segera. Tapi sebab peraturan permainan tiada pengharaman sebarang makanan, Saya tengok maklumat makanan di belakang dulu πŸ˜€


Ok 415kcal sahaja.... apa lagi melantak la bersama 5 keping keropok keping goreng (memang ada stok dalam bekas besar)

Lepas habis makan baru teringat nak cari jumlah kalori keropok keping goreng ni.... google-google jumpa la...

1 keping 30kcal??????????????????????????????????????

Alamak.... 5 keping = 150kcal huhuh....

Jadi total 565kcal.

πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Sampai jam 3.30pm.... Baki tenaga yang boleh digunakan ialah

1945 - 565 = 1280kcal

Sudah makan, terus pergi basuh bekas... Basuh sekali beberapa bekas makanan yang anak makan pagi tadi (bangun lewat jadi tak sempat basuh). dapat la balik 3kcal....

Jadi sekarang tenaga yang tinggal ialan 1283kcal 😁

6.30pm.
Bermulalah cabaran paling getir untuk mengawal makan iaitu bila orang rumah ajak makan di kedai πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Saya order nasi goreng kampung dengan telur mata. Air suam sahaja (dah lama tak order air suam)

Gambar tak dapat ambil sebab anak main hp.

Jumlah tenaga yang diperoleh ialah:

Nasi goreng kampung: 631kcal
Telur mata: 100kcal

Ia diburukkan lagi dengan makanan yang anak tak habis

Nasi goreng pataya 1/3 ; 606 kcal / 3 = 202kcal
air bandung 1/2 : 160kcal/2 = 80kcal
6 cucuk satay : 37 x 6 = 222kcal

Jadi untuk makan malam sahaja saya telah mengkonsum

1235 kcal
😰😰😰😰😰😰😰😰😰😰

Sebelum ni memang tak perasan.... Rupanya penyebab utama saya jadi obes ialah makan malam.
Bayangkan jika tadi saya mengorder nescafe ais seperti kebiasaan?????

Apapun hari ni ialah permulaan yang bagus dimana saya berjaya mengurangkan kebiasaan rutin makan saya.

Jadi sebab nak cover tenaga yang berbaki sikit, maka saya buat la sedikit kerja rumah

Basuh dan jemur baju x 2 mesin = 40kcal
Basuh gelas 8 biji = 4kcal

Bukan membasuh jarang-jarang.... Tapi kali ni basuh cadar/sarung bantal/selimut sekali... Sebab tu sampai 2 round πŸ˜€

Dan baki tenaga untuk hari ini ialah.......................

1283 - 1235kcal + 44kcal =

92 kcal πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

GAMES BERMULA


Hehehe.... bermula awal tahun ni. Ramai rakan-rakan sekerja mula diet. Ada yang menggunakan supplimen, ada yang ke gym, ada yang menggunakan teknik-teknik yang viral di facebook seperti atkins dan pelbagai lagi teknik lain.

Bila dilihat ke perut ni.... niat nak diet memang ada. Tapi semangat untuk kurangkan makan tu yang tiada. 

Bagaimanapun, niat berdiet semakinkuat bila dua dari kawan sekerja menampakkan hasil dari program diet mereka.

Seorang menggunakan supplimen, manakala seorang lagi melalui senaman. Tetapi saya pasti itu bukan penyebab utama.  Mereka pastinya mengurangkan potion makan untuk mendapatkan hasil seperti sekarang :-D

Tetapi untuk mengawal cara makan memerlukan semangat yang kental tidak kurang berbanding orang yang nak berhenti isap rokok (rasa-rasanya la).... Jadi cara terbaik yang saya dapat fikirkan untuk mengumpul semangat ialah dengan menghasilkan blog hahaha... (Ye la, post bagi orang baca kalau gagal malu weh)

Selain itu, mana la tahu teknik diet saya ni sesuai dengan pembaca dan boleh dipraktikkan ye x :-D

Ok sebelum memulakan permainan, mesti kena buat peraturan dulu ye tak :-D
Di bawah ialah peraturannya.


PERATURAN PERMAINAN

Setiap hari saya dibekalkan 2000kcal sebagai jumlah tenaga yang boleh digunakan.
Maklumat saya ambil dari google image di bawah.


Setiap hari saya akan mengira jumlah kalori yang saya makan. Walaupun sebiji coklat kalorinya akan dikira supaya saya beringat sikit jika tiba-tiba rasa nak makan coklat (Saya meme hantu coklat hahaha)

Contoh, Jika hari ini jumlah kalori yang saya makan ialah 1800kcal. Jadi saya akan dapat baki 200kcal.

200kcal tu akan dimasukkan ke dalam bank tenaga di mana jika jumlah tenaga terkumpul mencecah 5000kcal, saya akan me"reward" diri sendiri dengan berbelanja sesuka hati sebanyak RM100. Jika saya memerlukan RM1000 untuk membeli sesuatu, saya perlu menyimpan 50,000kcal di dalam bank tenaga saya :-D

Sebenarnya memang ada barang nak dibeli ni (target nak beli wacom dalam rm600).... Harap-harap menjadi la diet ni.... Berat badan unggul dapat + Barang idaman dapat

Kira macam ok la berbanding beli ubat kurus mahal-mahal ye tak hehehe :-D

Selain itu, saya juga akan dapat tambahan tenaga jika melakukan aktiviti di bawah:

Membasuh pinggan / gelas dan yang seangkatan dengannya : 1kcal setiap 2 biji.
Mengemas ruang tamu: 20kcal
Mengemas luar rumah: 15kcal
Mengemas dapur (tak termasuk basuh pinggan mangkuk): 15kcal
Membasuh kereta: 20kcal
Menyemas dalam kereta: 20kcal
Membasuh / menyidai baju: 20kcal
(Nanti fikir lagi apa aktiviti yang selalu buat dekat rumah :-p )

Ok la, Rasanya dah ok dah peraturan ni. Permainan bermula 26.3.2017 :-D

Target berat ideal 60KG :-D 

GOGOGO!!!!!!!!!!!!!!!